Tuesday, August 25, 2009

PAS MENANG; UMNO MEMALUKAN DIRI SENDIRI

Assalamualaikum,

Seperti yang dijangkakan PAS memenangi prk N11 Permatang Pasir.

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar .Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. Itu lah sebab majoriti mengecil sikit.