Wednesday, August 12, 2009

UMNO MENGHASUT BISA AJA

Assalamualaikum,

Menghasut ini adalah satu perbuatan yang salah dari sisi ugama Islam dan juga undang undang negara. menghasut ialah mempengaruhi seseorang untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar, ada yang kena hasut itu akhirnya percaya bahawa yang tidak benar itulah kebenaran. Hasutan selalunya berbaur dengan unsur ugutan, rasuah dan jenayah.


UMNO/BN sekarang berada dalam keadaan yang sangat terdesak, sekurang kurangnya ia perlu memenangi pilihanraya kecil (prk) Permatang Pasir. Sekiranya ia terus kalah, maka masa hadapannya adalah sangat gelap.


Dalam keadaan yang terdesak ini, mereka menggunakan apa jua cara, dan kebanyakan cara yang mereka gunakan ada berunsur jenayah dan kemafiaan. Tuduhan terhadap Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), YB Loke Siew Fook adalah satu fitnah yang sengaja dicipta untuk menghasut, dan menerima hasutan tersebut secara bulat bulat ialah orang UMNO sendiri.

Semalam pergerakan pemuda umno Perak mengadakan demonstrasi dihadapan pejabat DAP Perak untuk menyerahkan memoranda membantah apa yang sebenarnya satu fitnah, atau sesuatu tuduhan melulu yang ternyata tidak benar dan bersifat baling batu sembunyi tangan kononnya Loke Siew Fook menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dalam blognya baru-baru ini.


Memfitnah adalah budaya Melayu kuno yang tidak baik, walaupun diketahui orang Melayu mempunyai unsur budaya yang baik. Tetapi unsur yang jahat inilah yang dipertajam oleh UMNO dan dipergunakan untuk menimbulkan rasa kebencian orang melayu terhadap DAP, terhadap orang Cina, terhadap parti yang mereka labelkan sebagai pembangkang, dan PR.

Mereka berkira kira, sekiranya rasa kebencian ini dapat dikobarkan, dan rasa terhimpit dan rasa masa hadapan orang melayu yang semakin meruncing dan terhakis dapat disemarakkan, maka orang Melayu akan memberikan undi mereka kembali kepada UMNO. Saya ingin ingatkan sekali lagi kepada strategis dan tactician UMNO bahawa pendekatan ini adalah salah. Pendekatan sebegini adalah seperti pedang dua mata. Ia boleh memancung lawan. Ia boleh juga memancung tuan.

Dalam usaha UMNO menggunakan fitnah sebagai satu strategi, ia akan menjauhkan orang melayu yang bersifat analitikal daripada UMNO, ia juga pastinya akan menjarakkan non Melayu jauh daripada memberikan undi kepada BN sejarak jaraknya.

Semakin UMNO mengambil pendekatan ini, semakin laju gelongsor yang mereka alami. Sedangkan kita sendiri pun tahu, kalau ditanya: kenapa UMNO mengambil pendekatan ini?

Kerana ia sedang menggelongsor tanpa boleh dibrek.