Thursday, March 4, 2010

PEKERJAAN HAJI.....36

Assalamualaikum,

Solat Jenazah

Sekiranya anda pergi menunaikan haji atau umrah, ada baiknya anda belajar cara cara solat jenazah. Ini adalah kerana boleh dikatakan hampir setiap selepas solat fardhu, solat jenazah dilakukan.

Saya cadangkan sangat sangat di sini agar anda tidak sekali kali meninggal solat jenazah ini, walaupun ia sunat. Ini adalah kerana fadilatnya yang sangat besar. Juga sekiranya anda berpeluang membantu jenazah dibawa masuk atau keluar daripada masjid, lakukanlah, atau rebutlah peluangnya, kerana fadilatnya juga tersangatlah besar.

Biasanya jenazah dibawa melalui Bab ul Abdul Aziz, jadi sekiranya anda berada di sekitar ruang tersebut, rebutlah peluang untuk membantu mengusung jenazah, walaupun anda menolaknya hanya dengan sebatang jari.

Solat jenazah terdiri daripada empat takbir dan satu salam. Anda juga perlu ingat, bahawa solat jenazah tidak ada ruku' atau sujud.

Semasa saya mengikuti kursus haji sebelum ke tanah suci baru baru ini, ustaz yang mengkursuskan kami memberi tahu, di kampungnya, yang saya faham ialah sekitar Tanjung Karang, Sungai Besar atau Sabak Bernam, dalam solat jenazah, imam sujud.

Bila disiasat sebabnya ialah

nama imam tersebut Sujud