Friday, April 30, 2010

PEKERJAAN HAJI.....48

Assalamualaikum,

Sabar

Mengerjakan haji atau umrah memang sangat mencabar. Anda hendaklah memperbanyakkan bersabar dan perlu sentiasa kontrol emosi agar tidak tergelincir kepada perasaan marah. Saya rasa inilah dugaan yang paling besar yang terpaksa ditempuh oleh para jemaah.
Salah satu perkara yang anda perlu kontrol kemarahan ialah sekiranya anda sedang beratur, untuk sebarang urusan. Katakanlah membeli sesuatu. Biasanya akan ada orang yang datang potong queue dan selamba aje berada dihadapan anda. Kalau dibiarkan, lepas itu datang sorang lagi, dan sorang lagi dan sorang lain. Hati mana yang tidak panas.
Semasa mengerjakan haji tahun 1987, ketika berada di Mina, saya kehilangan selipar. Di tepi jalan ada orang menjual selipar, dan saya membelik belik longgokan selipar dengan tujuan untuk membeli sepasang. Tiba tiba datang sorang arab, saya tahu itu arab, terus menolak saya dan mengambil tempat saya membelik selipar tadi seraya dia pula yang memilih milih selipar. Sabau je le.
Juga dalam tahun 1987, semasa menunggu di lapangan terbang Jeddah, saya berada disebelah seorang jemaah lelaki yang diiringi 2 orang jemaah perempuan. Saya dapat teka yang seorang perempuan itu isteri beliau. Tiba tiba jemaah lelaki ini meletup dengan satu kemarahan yang sangat hebat. Saya tidak tahu apa hujung pangkalnya, tetapi saya perhatikan kedua dua perempuan tersebut menikus, dan jemaah lelaki tadi kelihatan kekuningan mukanya kerana kemarahan yang amat sangat. Apa halnya saya tidak tahu.
Semasa ibu dan bapa saya menunaikan haji dalam tahun 1991, apabila sampai di Malaysia, bapa saya menceritakan sedikit yang dia berbalah dengan ibu saya. Apa cerita sebenarnya saya tidak tahu, dan apa biji butirnya saya tidak tahu, tetapi yang saya faham ialah mereka mungkin berbalah sehingga ibu saya kena warning keras dari bapa saya.
Semasa saya dan isteri mengerjakan haji tahun lepas 2009, saya baru sahaja memebli sebuah hp jenama Nokia E71. Saya beli sebab PDA saya kena curi. Jadi belum sempat mengetahui selok belok hp tersebut, terus saya bawa ke Makkah.
Suatu hari saya minta seorang sahabat di Malaysia forwardkan no hp seorang rakan. Saya bercadang untuk memasukkan nombor tersebut ke dalam hp saya. Tetapi apabila saya terima business card, saya tidak reti untuk memasukkannya ke dalam phonebook saya. Pada ketika itu saya dan isteri telah bergerak turun untuk solat asar saya kira.
Semasa melangkan turun tersebut saya terus tot tet tot tet untuk memasukkan nombor tersebut, tetapi tidak berjaya. Pergerakan saya jadi terencat rencat. Sedangkan waktu solat sudah semakin hampir. Isteri saya meleterkan saya, tinggalkan je apa yang tot tet tot tet dengan hp tu.
Rupanya kata kata itu menjadikan saya sangat marah pada masa itu juga. Terus datang idea, hempaskan saja hp tu! Marah aku dibuatnya. Nasib baik say berjaya kontrol. Saya masukkan hp tu dalam beg galas dan terus bergegas ke masjid.
Pheeww. Saya mula terfikir. Kalau aku hempaskan hp aku tadi, hp jahanam, hubungan dengan isteri jadi kacau, dan kemudian semuanya nanti akan kacau. Wukuf belum lagi, nanti ke Madinah dan sejiwa lagi.. Macam macam saya fikirkan.
Saya fikir lagi. Aku telah berbelanja beribu ribu untuk mengerjakan haji ni, tiba tiba dengan satu hal sahaja aku rosakkan semua ini? Saya mengambil pakej penginapan sebilik dua orang dengan isteri saya. Al maklum aje sebilik dua orang, kalau hubungan tak intim rugi beb.
Jadi pergi haji kena banyakkan bersabau.