Penyembelihan yang sangat menyayat hati terhadap orang Islam dilakukan oleh pihakSerb di Srebrenica. Ia merupakan satu mata rantai daripada siri penyembelihan terhadap orang Islam sepanjang zaman.
Kita tahu, apabila sebut sahaja perkataan Serb, akan terbayang dalam benak kita gambaran penyembelih manusia yang sedang memegang parang panjang yang darah sedang menitis daripadanya dan dihadapannya tersembam mayat orang Islam.
Ada orang di Malaysia yang cuba menimbulkan kegerunan ini dengan menggambarkan bahawa orang Islam, dan semestinya orang Melayu di negara ini sedang dikelilingi oleh serigala yang siap sedia untuk bertindak seperti Serb tadi.
Ini adalah satu kerja tidak bertanggung jawab yang cuba memainkan dan mengkobar kemarahan komunalism agar orang Islam dan semestinya orang Melayu akan merasa tersepit dan pedang sedang sedia terhunus dileher mereka. Pada bila bila masa pedang ini akan memenggal leher mereka.
Sebenarnya puak ini sedang memperjuangkan Malay supremacy, dan meminjam perkataan Islam adalah semata mata satu smoke screen agar simpati umat Islam di negara ini dapat mereka raih.
Perjuang mereka ini adalah sama dengan dengan perjuangan Serb, yang memperjuangkan Serb supremacy. Radovan Karadzic mengatakan perjuangan Serb adalah suci, begitu juga dengan Serb Melayu, mengatakan kononya perjuangan mereka adalah suci.