Thursday, July 8, 2010

USTAZ BANGANG

Assalamualaikum,

Setiap kali berlaku pengeboman yang atau segala bentuk terorisme yang dilakukan oleh orang Islam, dan kadang kadang targetnya ialah orang Islam itu sendiri, hati kecil saya menjerit dan meronta mengenangkan kebodohan yang dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Sudah berjuta juta orang Islam terbunuh sesama sendiri kerana menegakkan pendapat yang mereka pegang, yang kononnya itulah yang sahih. Pendapat dan tafsiran mereka sahaja mengenai sesuatu perkara itu yang benar, sebarang NC atau non-compliance mesti dihapuskan secara kasar.

Soal mereka yang aqidahnya telah jelas terkeluar dari Islam itu bukan persoalannya. Tetapi adakah perlu dihapuskan seseorang yang semasa tahyat dalam solat menguit nguitkan jarinya? Yang sahih dan mesti diikut adalah satu pendapat sahaja?

Ini bukan soal Islam liberal seperti Aminah Wadood yang pernah mengimami solat Jumaat. Atau seperti nada sisters in Islam, tetapi ada diantara para ustaz yang bersifat langsung tidak toleran dengan pendapat orang lain sehingga menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

Ditambah pula kalau ustaz itu ada kepentingan keduniaan. Maka pertelagahan antara mereka menjadikan orang awam kebingungan dan berada dalam keadaan sukar. Berkawan dengan orang dari negara yang mengamalkan Wahabi, maka orang lain semua salah. Berada dalam masyarakat yang berpegang kepada Syafie, ada ustaz yang lang label semua yang lain tidak betul.

Kemudian ustaz dengan ustaz berperang. Saman menyaman antara satu dengan yang lain. Dalam hal ini kesemua pihak yang terlibat tidak boleh disandarkan harapan. Kesemuanya celupar. Pengalaman saya sekiranya dua orang suadara Islam bertelagah, boleh didamaikan. Tetapi kalau dua orang ustaz bertelagah, sukar dan payah dan hingga membawa mati untuk didamaikan.

Sebab itu saya sedih bila baca satu blog yang ditulis oleh yang lulusan Azhar mengkondem ulama ulama yang tidak sebulu dengan mereka. Saya tidak pernah kenal dengan Albani. Tetapi saya tahu dia seorang muhadithin zaman mutaakhir yang sukar ditandingi. Tetapi kalau setakat bawa balik ijazah dari azhar dah mendabik dan memperlekeh serta menghina ulama ulama yang tidak sehaluan dengan pegangan kamu, itu bangang dan pengecut namanya.

Adakah kerana Albani ini mempunyai kemahiran membaiki jam, maka ia layak dihina sebagai pariah? Bukankah nabi Daud pembuat baju besi dan Nabi Ayyub tukang jahit, dan kebanyakan nabi nabi adalah gembala kambing?

Ustaz bangang. orang awam yang bergelimpang