Sunday, August 22, 2010

MAKAN SEMASA PUASA

Asssalamualikum,

Nasionalisme seperti yang diperjuangkan olehUMNO perlu makan. Samada dalam bulan puasa atau diluar bulan puasa ia tetap perlu makan. Nasionalisme ini kalau tidak diberi makan, maka padah akan mengena si tuan pembela puaka ini.

Kalau yang membela toyol, dan toyol ini tidak diberi makan, maka toyol ini nanti akan mengamuk dan menjahankan si tuan pembela. Begitu juga dengan puaka yang bernama nasionalisme ini. Kalau puaka ini tidak diberi makan, maka si tuan tukang bela pula akan dibaham oleh puaka nasionalisme ini.

Puaka nasionalisme ini, sekiranya tidak diberi makan, maka tuannya akan kehilangan kuasa politik. Akan kalah dalam pilihan raya. Itulah yang sangat digeruni oleh si tuan pembela nasionalisme.

Makanan bagi nasionalisme ialah rasa benci yang meluap kepada target yang mana bahang nasionalisme ini hendak diarahkan. Selagi rasa benci ini dapat ditiup, dipupuk dan dinyalakan, maka selama itu orang akan menyokong nasionalisme. Kalau orang sokong ideologi perjuangan ini, maka dalam pilihanraya boleh menang. Itu yang penting.

Jadi semua mereka yang berjuang atas dasar ini sekarang ini sedang berusaha bersungguh sungguh agar rasa benci yang amat meluap, rasa diri sendiri sedang dihimpit, rasa dicabar, rasa diperlekeh dan macam macam rasa jijik yang menjadi makanan nasionalisme sedang dikilang oleh mereka yang menjadi pemuka ideologi ini.

Mereka termasuklah pemimpin besar, pemimpin kecil, MB yang telah ditendang rakyat, tok peti, pengarang lidah beracun yang juga dikenali sebagai media dan dia dan orang ini dan orang itu.