Semasa di Pekanbaru, Riau, biras saya ada mencadang supaya saya dan isteri berkenalan dengan abang biras ini yang kebetulan kurang sihat. Abangnya ini bernama ASAS.
Isteri ASAS telah menunggu kami di lobby hotel, selesai solat kami bergegas menemuinya. Dalam perjalanan si isteri ni berhenti membeli gulai untuk lauk makanan malam kami. Dia berhenti di Restoren Pak Nordin, yang saya kira terletak di Simpang Tiga, Pekanbaru.
Dia beli lauk ayam masak lemak pedas Padang. Waduh waduh memang sedap sungguh, sebab rasa tumisan dan rempah ratus masuk ke dalam daging ayam.
Esoknya, kami terasa ingin makan di restoren padang Pak Nordin.
Selesai berbelanja (shopping) di Pasar Bawah, saya langsung mengambil teksi guna untuk ke restoren Pak Nordin.
Bawa kami ke Restoren Pak Nordin... kata saya kepada supir taksi
Dia semacam terpinga, tahu? kata saya, tahuuu, jawabnya;.
Bila sampai, dia kata itulah restorennya. Saya kata itu restoren Pak Yunus, kami mau restoren Pak Nordin. Restoren Pak Yunus menyaji ikan patin.
Dia pun radio ke pusat controlnya. Di mana restoren Pak ...apa tadi? restoren Pak Sabarudin?
Aku kata restoren Pak Nordin la, kau dengar tak?
Kau tau ke tidak di mana restoren Pak Nordin? tak, jawabnya.
Kalau gitu hantar kami semula ke Hotel Pangeran.
Selepas solat, kami ambil teksi lain untuk ke Restoren Pak Nordin.
Teksi yang ini tahu di mana restoren Pak Nordin.
Memang sedap sungguh ayam masak lemak pedas ala Padang di restoren Pak Nordin.