Ada seorang bekas pensyarah perempuan Melayu di jabatan Inggeris sebuah IPTA yang punyai suara yang merdu pada pendengaran ku. Memang suara dia sedap didengar, begitu juga adik atau kakak kepada beliau ini yang juga seorang kolumnis akhbar juga mempunyai suara yang merdu.
Hari itu aku lihat dalam TV seorang artis perempuan yang aku kira sudah menjangkau usia 50an diinterbiu kerana sedang dalam persiapan untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji. Artis itu menitiskan air mata kerana sayu dengan seruan Allah kepadanya agar mengerjakan haji. Aku yang lihat di kaca tv juga menitiskan air mata. Artis perempuan ini punyai suara yang merdu.
Kalau anda solat di Masjidil Haram pada masa kini, berkemungkinan anda akan diimami oleh Syeikh Sudais. Seluruh dunia mengakui suara Sudais ini merdu.
Tapi dua tiga hari ada orang yang bersuara serak katak berlakon seolah suara mereka merdu. Yang serak katak ini termasuklah MP pakai kopiah putih nak tunjuk apa tak tau lah, MP khianat dalam perjuangan, bekas regu tenis, bekas timbalan ketua menteri, bekas mufti dan macam macam bekas lagi.
Semua yang mereka suarakan adalah sama dengan suara ngongngeng katak.