Perkataan Indon walaupun sebutannya sama, namun maksud kadangkala adalah berlainan. Bila orang Malaysia kata tol, bermaksud bayaran yang perlu dibayar setelah gunakan lebuhraya. Pada orang Indon, tol tu bermaksud lebuhraya. Kita kata kereta, bermaksud car, dia kata kereta bermaksud train. Kita kata bisa bermaksud sakit yang bersangatan, dia maksud boleh. Kita kata tewas bermaksud kalah, dia maksud mati. Kita kata susu bermaksud milk, dia kata susu bermaksud breast.
Semasa pemeriksaan kesihatan untuk menunaikan haji tahun lepas, bacaan gula dalam darah aku adalah pada aras terendah dalam kategori normal. Doktor tanya ada rasa gayang gayang tak? Aku jawab tidak. Lepas tu aku pikir lagi, memang ada rasa tak stabil, kadang kadang. Memang aku dan isteri kontrol pengambilan gula dalam makanan kami. Tetapi oleh kerana bacaan gula ni rendah, aku berkira kira menambahkan intake gula. Caranya masa breakfast minum nescafe yang dimaniskan dengan susu pekat.
Susu pekat yang kami beli dibuka dengan menarik penutupnya. Kami tidak lagi beli susu pekat yang perlukan can opener untuk membukanya. Dan setiap kali membuat nescafe aku sendiri yang membuatnya, sebab orang lain buat semuanya tidak sedap seperti nescafe yang aku buat sendiri.
Satu pagi apabila semua bahan untuk membuat nescafe telah ku sediakan, maka aku mencari susu pekat untuk dicampur dalam nescafe aku. Bila buka peti ais, tin susu pekat telah kosong .
Aku pun memanggil pembantu rumah.
Siti, buka susu!