Pada 27 Mei 2010 aku dan isteri pergi pasar borong. Selalunya menantu yang jalankan tugas tersebut, tetapi ada hal yang tidak boleh dielakkan, maka terpaksalah aku pergi. Juga biasanya pergi pasar hari ahad atau sabtu, tetapi kerana sesuatu tersebut, hari khamis pun terpaksa dilakukan.
Semasa kami masuk ke lebuh raya Silk, aku terdengar bunyi kedebum dibelakang. Aku boleh dengar kerana tingkap semua diturunkan supaya bau barang barang pasar tersebut tidak tinggal dalam kenderaan.
Selepas kira kira 50 meter, aku bunyi krepek krepek krepek. Bunyi seperti pemecah batu digunakan. Aku jeling sebelah luar arah passenger kalau kalau ada orang sedang membaiki jalan. Tiada pula. Kemudian aku terbau bau hangit, seperti getah terbakar.
Bunyi krepek krepek krepek semakin kuat, dan aku dapat rasakan pemanduan aku semacam beralun. Aku sekarang tau ada sesuatu yang tidak kena. lalu memberhentikan kereta di bahu jalan.
Bila aku lihat, rupanya tayar belakang sebelah passengger telah pancit. Maka aku tahu, aku kena tukar tayar spare. Tetapi bila nak ambil tayar spare, aku tidak tahu di mana tayar spare tu. Alat jack untuk mengangkat kenderaan pun aku tidak tahu gunakan. Selama 7 tahun aku gunakan UNSER, semuanya aku tidak tahu.
Kemudian lihat owner's manual. Ooo, di sini rupanya tayar spare, tapi nak keluarkan tyre spare pula tidak tahu. Nasib baik berhenti satu pick up truck. Dia tanya tayar spare ada bang? Ada, aku jawab.
Yang pakai baju hijau tu bodo aje rupa, aku dengan yang pakai baju biru tu belek sana, belek sini untuk keluarkan tayar spare, tapi yang baju hijau tu selamba aje keluarkan. Ooo macam tu rupanya keluarkan! Dia orang dua orang ni memang kerja mereka cari kereta rosak untuk dibantu dengan dikenakan charge.
Bila dah keluar tayar yang pancit tu, naa, tu dia, besaqnya benda yang masuk dalamnya.