Saturday, January 15, 2011

EXOTIC

Assalamualaikum,

Minggu lepas ada seorang sepupu kepada isteri datangke rumah. Dia datang untuk memberikan ayah mertua ku daging exotic. Kijang, pelanduk dan landak.

Aku terima sahaja, juga aku ingin merasa daging daging exotic ini. Tapi aku tahu orang ini, dan kawannya yang mendapat buruan ini adalah poachers.

Semasa mengajar kursus alam sekitar, aku sering mengingatkan pelajar mengenai poachers ini.

Aku sendiri tidak akan buru haiwan haiwan. Biarlah mereka hidup bebas. Kalau kau yang kena buru dan kena tembak oleh poachers lain, amacam?

Pernah bapa saudara ku rasa pelik dan tidak setuju apabila aku tidak benarkan tupai ditembak dikebun durian aku.

Biau le dia nak makan!

Dia kata, apa punya tasauf tu?





KIJANG INDON