Friday, January 7, 2011

SIAPA KENA LAPAH?

Assalamulaikum,

Apa bila diberitakan Tuan Guru Nik Aziz bertemu dengan Najib dan Mahyuddin atas titah YDP Agung, maka ramailah kerabat PR yang marah dengan perkara tersebut sehingga Saifudian Nasution datang bertemu dengan Tuan Guru. Begitulah pekanya  rakan dalam PR.

Tetapi dalam isu kemelut perlantikan Setia Usaha Kerajaan Negeri Selangor yang bernama Khusrin itu, kenapa banyak sangat orang bersifat bengap dan bisu? Kita semua tahu isu tersebut berasal daripada kesumat UMNO untuk menggulingkan kerajaan PR di Selangor dan kemudian merampasnya kembali. UMNO cuba circumvent PR untuk faedah politik mereka. Itu kita semua maklum.

Tetapi cara MB Selangor mengendali kemelut ini jelas menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja seorang amateur tetapi novice dalam kancah politik. Kemelut asalnya bertumpu kepada UMNO/BN dan PR, tetapi sekarang telah menjadi istana vs PR. Dan jelas, UMNO meraih keuntungan politik yang menggunung di sini kerana jelas dengan kedangkalan kelicik politik Khalid, beliau dan seluruh wakil rakyat PR ditundukkan oleh istana dan diketawasiniskan oleh UMNO.

Khalid telah melakukan multiple error. Lepas satu error, ditambah satu error lagi. Kenyataan hadhir bukan bermakna rela lebih melukakan istana daripada menyembelih UMNO. Ini adalah satu lagi longgokan error yang Khalid lakukan untuk menyalakan marah istana kepada pimpinan Selangor sekarang.

Mengapa Khalid tidak belajar daripada Tuan Guru Nik Aziz, bagaimana beliau sangat tawadhu' terhadap istana, walaupun pernah satu ketika dulu setiausaha negeri beliau tidak sebulu dengan kerajaan negeri. Sehingga hari aku tidak nampak mana mana pemimpin Malaysia yang begitu tawadhu' terhadap istana berbanding dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Di sini aku memang sokong kenyataan Tuanku Sultan Selangor bahawa baginda tidak menyebelah mana mana pihak, dan perlantikan Khusrin adalah sah dari segi undang undang. Di sini bukan bermakna aku menyokong perlantikan tersebut, tetapi pada kedudukan Sultan, itulah keadaannya.

Mengapa tidak ada wakil rakyat PR yang menegur Khalid? Bayangkan, bila timbul masalah, panggil orang buat sembahyang hajat. Yang datang 90% orang PAS, walau pun yang mengimami diberitakan Mohd Nur Manuty. Ustaz PKR yang lain tidak datang. Bila datang masalah, panggil orang PAS sembahyang hajat. Bila buat masalah, tidak konsultasi orang PAS. Ada pulak ADUN PAS yang hantar sms minta bantuan doa, kau tegurlah Khalid tu dulu.

Sudah pasti, apabila habis penggal pemerintahan yang ini, walaupun PR mengekalkan Selangor, Khalid confirm tidak akan jadi MB lagi.

Siapa yang kena lapah?