Tuesday, February 22, 2011

BUDAK U JGN BACA NI.....4

Assalamualaikum,

Sekiranya anda telah dilahirkan pada ketika itu,harap anda recall tema sambutan hari kem erdekaan Malaysia ke-38 berbunyi nasionalisme teras perpaduan.  Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah mengenai nasionalisme ini lagi, sama ada  benar anda memahaminya atau atau sekadar pak hangguk saja.

Apa itu nasionalisme? Ada orang kata ia adalah semangat kebangsaan, atau rasa kasih dan sayang kepada bangsa. Dalam konteks yang saya hendak bincangkan ini bangsa bermaksud bangsa Melayu. Dalam konteks kebangsaan yang menjadi aqidah perjuangan umno, semangat cinta dan kasih akan bangsa Melayu ini amat menebal, amat membusung dan amat menggunung. Segala jiwa dan raga adalah dipertaruhkan kepada dan untuk bangsa Melayu.

Tetapi benarkah nasionalisme umno ini adalah rasa kasih kepada bangsa Melayu? Kalau anda perhatikan, apabila negeri Kelantan yang penduduknya hampir 95% orang Melayu diperintah oleh PAS, maka nasionalisme yang berpaksi kepada bangsa ini bertukar kulit. Kelantan disisihkan daripada pembangunan, dihalang daripada menerima grant kerajaan persekutuan yang semestinya diberikan kepada negeri tersebut dan juga ditubuhkan JPP, jabatan pembangunan persekutuan, yang menjadi kerajaan parallel yang menidakkan sovereignty kerajaan Melayu negeri Kelantan dibawah pimpinan PAS.

Begitu juga apabila sumber hidrokarban ditemui di Kelantan, aqidah nasionalisme yang kasih dan sayang kepada bangsa Melayu  ini bertukar kepada cheating, mengelat dan menindakkan titisan mahsul daripada sampai kepada Melayu Kelantan. Nasionalisme bertukar kepada hasad apabila piping yang menyalurkan hasil hidrokarban Kelantan ini dilencungkan ke arah lain supaya tidak melalui negeri Kelantan, kerana sekiranya melalui negeri tersebut orang Melayu Kelantan akan mendapat titisan daripada kekayaan tersebut.

Begitu juga apabila Melayu Terengganu memilih PAS untuk memerintah negeri tersebut, maka nasionalisme yang beraqidah kepada kasih akan bangsa Melayu ini menjadi murtad kepad aqidah mereka kerana Melayu Terengganu pada ketika itu dinafikan pemberian royalti hasil petrolium Terengganu dengan menipu penggunaan istilah daripada yang termaktub sebagai royalti kepada yang dicelup sebagai wang ihsan.

Oleh itu, wahai budak U, nasionalisme di mana mana pun bukan semangat kebangsaan, bukan aqidah sayangkan bangsa, tetapi ialah semangat sayangkan nation.

Sekarang kau kena tahu, apa itu nation. Jangan kau jadi seperti kakak tua, orang bercakap kau pun bercakap, tetapi kau tak paham sepatah haram apa yang kau hamburkan.

Nation ini ialah apabila anda mengaku seseorang itu sebagai ahli atau kumpulan anda, dan orang itu pun mengaku anda ini kumpulan dia. Jadilah itu nation.

Contoh: Anda mengaku orang Melayu Johor sebagai kumpulan anda, dan orang Melayu Johor pun mengaku bahawa anda adalah kumpulan dia, maka jadilah anda dan dia satu nation. Oleh kerana anda Melayu, dan orang Melayu Johor pun Melayu, jadi common factor nya di situ ialah Melayu. Maka anda dan orang Melayu Johor ini satu nation.

Tapi kalau orang Melayu Singapura mengaku anda dalam kumpulan mereka, sedangkan anda tidak iktiraf orang Melayu Singapura sebagai ahli kumpulan anda, maka orang Melayu Singapura tidak jadi nation anda. Jadi nasionalisme anda tidak mencakupi orang Melayu Singapura. Sebab itu, walaupun nasionalsime yang diperjuangkan umno ni kononya memperjuangkan nasib bangsa Melayu, tetapi lantak lah apa yang nak berlaku kepada Melayu Singapura, Melayu Thailand, Melayu Champa, Melayu Burma, Melayu Sri Lanka, sebab mereka semua itu bukan nation dalam definisi umno.

Jadi betulkah nasionalisme umno tu memperjuangkan nasib Melayu?

......akan sambung