Dalam pembinaan masjid, mihrab adalah bertujuan menempatkan imam dalam pekerjaan mengimami solat. Maka sepatutnya mihrab itu disediakan sejadah imam dan imam secantiknya menggunakan mihrab untuk tujuan solat berjemaah.
Tetapi kerap mihrab itu tidak digunakan, dan dalam mihrab itu diletakkan segala macam benda lain, seolah benda benda itu yang akan menjadi imam semasa solat.
Dalam masjid ini, kipas telah ditugaskan jadi imam.
Yang aku terperanjat ialah: apabila bilal masjid ini mengumandangkan iqamah, aku perhatikan susuk bilal tersebut sama tinggi dengan grandfather clock disebelah kanan kipas. Mau 6' 5" tu.
Masjid ini di Melaka.
Now you know the rest of the story....