Thursday, March 31, 2011

110%.....2 sarawak

Assalamualaikum,

Ramai penganalisis politik menjangkakan BN akan terus menguasai Sarawak. Saya tidak teringin untuk mempersoalkan perkara tersebut, tetapi sesuatu yang akan berlaku ialah  BN tidak akan berada dalam keadaan selesa kerana dalam kapalnya terdapat seorang passenger yang begitu berat hingga boleh menenggelamkan keseluruhan kapal.

Apa yang akan berlaku ialah suatu perubahan citarasa pengundi di sana yang  bersama dengan gelombang mengubah pemimpin yang lama bercendawan ditahta pemerintahan. Walaupun tidak dapat dinafikan terdapatnya pengundi yang merelakan hujung lidah mereka menyusur longkang tahi pemimpin mereka walau apa pun berlaku. Spesis ini ada di mana mana sahaja.

Pengundi dapat mengukur apabila PR membuat kejutan dalam pilihan raya 2008, tidak berlaku seperti yang dihalalintarkan oleh BN bahawa akan berlaku huru hara dan dan kacau bilau. Mereka takutkan pengundi dengan momok sedemikian, tetapi momok tersebut tidak datang. Saya teringat selepas pilihanraya 1990, dimana PAS dan Angkatan 46 pada ketika itu menyapu bersih keseluruhan kerusi yang dipertandingkan di Kelantan, saya dan rakan ke Pantai Lido, johor baru, atas urusan tertentu dan memasuki satu gerai makan di sana untuk order makan.

Semasa menunggu makanan siap, saya mendengar celoteh peniaga di sana yang memburukkan buruk PAS Kelantan sambil berkata tidak lama lagi bangrap lah kerajaan kelantan. Kenapa mereka yakin kerajaan PAS Kelantan pada masa itu akan bangkrap? Kerana itulah yang dihalalintarkan oleh pemimpin UMNO apabila Kelantan jatuh dalam pilihanraya tersebut.

Apabila PR membuat kejutan, tidak berlaku huru hara, yang berlaku ialah kerajaan Pulau Pinang, terutama Lim Guan Eng diserang tanpa henti dari segenap sudut. Wang pemberian kerajaan negeri dikatakan wang judi, dikelentong pak cik pak cik supaya pulangkan semula wang tersebut, lepas tu mereka pula kebas wang tersebut. Kerajaan PR Perak dicuri dalam terang. Kerajaan Selangor diserang dari segenap sudut. Dan ternyata yang melakukan huru hara ialah mereka yang umno.

Saya juga teringat kisah seorang pegawai tinggi kenalan saya yang pergi berkursus khas untuk pegawai pegawai atasan sahaja kira kira 10 tahun yang lepas. Beliau memberi tahu, dalam kumpulan kursusnya itu terdapat seorang pegawai tinggi polis yang menceritakan dia telah infiltrate jemaah tabligh selama 17 tahun. Kaitannya ialah modus operandi ini sama. umno/bn juga menyelamkan infiltrator mereka dalam PR untuk jangka masa lama, dan apabila para katun ini rasa masanya telah sampai untuk mengkincitkan PR, mereka akan segera lakukannya. Kau boleh lihat siapa dia sekarang.

Mungkin kau boleh kincitkan sebahagian pengundi Sarawak, tetapi tidak semua. Akan berlaku perubahan yang menjadikan gigi kau tombang, sama seperti gigi pengantin baru yang telah lama di sana