Sepertimana yang kita ketahui bahawa orang Melayu adalah santun. Sopan dan memuliakan kawan serta tetamu. Tetapi terdapat juga segelintir orang Melayu ini yang pendengki, pemfitnah serta tersangatlah hasad. Cerita golongan yang segelintir ini boleh dibaca dalam cerita cerita penglipur lara dan hikayat hikayat melayu lama.
Bila ada gagasan yang mengajak orang Melayu kepada 1Melayu dan 1 Bumi, ini adalah cetusan hasad daripada yang segelintir tadi. Mengapa tidak, gagasan ini dicetuskan oleh 1 orang sahaja, tetapi dengan menggunakan 1 kenderaan media yang sepatutnya menyatukan rakyat menjadi 1 warga, menyeru agar sebahagian rakyat berpuak kepada gagasan kemusnahan, iaitu 1 polarisasi mengikut serakah agenda politik merbahaya mereka.
Tidakkah mereka faham apabila Malaya dan kemudian Malaysia mencapai kemerdekaan, ada 1perkara yang 1 melayu sudah surrender kan. Mereka sudah surrender kan 1 melayu kepada 1 kewarganegaraan. Siapa yang layak pada masa merdeka tersebut, tidak kira 1 Melayu. 1 Cina, 1 India, 1 Sikh, 1 Iban, 1 Kadazan dan sebagainya, semuanya menjadi 1 warganegara.
Apabila mereka telah jadi 1 warganegara, maka adalah bertentangan dengan perlembagaan untuk menghasut sebahagian rakyat kepada 1 melayu sahaja. Ini amat jahat namanya, dan sangat bertepatan dengan sifat jahat lagi hodoh lagi keji lagi hina yang terdapat pada segelintir orang melayu yang dinyatakan dalam hikayat yang lama lama.
Apabila perdana menteri menyeru kepada 1 Malaysia, bagaimana boleh timbalannya pula menyeru kepada 1 Melayu. Ini jelas nampak sang timbalan dah tak sabor nak tokak kepala boss.
Majoriti orang melayu selesa dengan sifat mereka yang santun, dan akan terus bersifat santun.
Hanya segelintir melayu yang meroyan dengan segala sifat hodoh yang dipacu oleh media meloya yang kurang hajau