Wednesday, April 6, 2011

MUNDAR YANG MANDIR SAMA NGAN PANDIR

Assalamualaikum,

Beberapa tahun yang lepas seorang orang besar bergegas untuk bertemu dengan seorang ustaz terkenal. Dia beritau ustaz ini bahawa akan terbit satu booklet yang dikeluarkan satu agensi negara yang akan menyebut nama ustaz tersebut sebagai sebahagian daripada mereka yang bertanggung jawab menabur fitnah.

Tujuan orang besar ini bergegas berjumpa dengan ustaz terkenal ini ialah dia membuat preemtive strike, supaya namanya awal awal lagi dibersihkan daripada usaha jijik ini untuk mengaitkan ustaz tadi dalam kerja menabur fitnah.

Apabila saya berpeluang meneliti booklet tersebut, memang ada disebut nama ustaz ini, dan yang diharap dalam booklet ini untuk menjadi senjata ampuh ialah ayat Qur'an yang mengatakan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh.

Orang besar tersebut sekarang seorang menteri.

Apabila telah diterbitkan sebuah booklet, atau berpuluh puluh penerbitan mengenai hal yang sama, mengapa pihak seperti agensi berkenaan, dan juga mereka otoritas dalam hal agama menjadi syaitan yang paling bisu dalam isu fitnah terbaru rakaman seks yang ditohmahkan kepada anwar ibrahim.

Jawapannya adalah sangat senang. Mereka tidak diarahkan untuk membuat apa apa komen. Mereka tidak kisah sekiranya implikasi fitnah rakaman seks terbaru ini menambah rosakkan generasi muda negara. Sekarang pun generasi muda telah melahirkan berpuluh ribu anak haram jadah yang penyelesaiannya masih lagi belum didapati. Apabila fitnah rakaman seks ini dipromosi dimedia arus perdana, maka bertambahlah pelincir kepada generasi muda untuk melakonkan sendiri apa yang dilakonkan dalam fitnah rakaman seks tersebut.

Apabila mereka yang berkedudukan tinggi dalam politik dengan  bangga mengakui berlumur dengan pembikinan fitnah tersebut, dan jongos jongos mereka seolah berpesta menyiarkan suntingan gambar gambar fitnah tersebut dalam blog masing masing, maka dengan sendirinya mereka mempromosi zina, seks promiscuous, kejalangan, kesundalan, dan segala bentuk kebejagatan. Mereka inilah sebenarnya yang menjadi perosak kepada generasi masa hadapan.

Apabila seorang menteri pernah dirakam melakukan seks, maka yang bertanggung jawab mengenai penghasilan atau penyebaran bahan tersebut ditangkap polis. Dalam kes fitnah rakaman seks terbaru ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan, malah mereka yang terlibat disanjung dan dijunjung.

Dalam banyak perkara, pak menteri yang bertanggung jawab mundar apabila berhadap dengan satu persoalan, dan kemudian berpatah kembali mandir agar agenda mereka terselamat.

Jelas, daya fikir mereka setaraf dengan pandir.