Wednesday, May 11, 2011

IBLIS CYBER

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/10/iblis-guna-nama-saya-kata-ibrahim-ali/

‘Iblis’ guna nama saya, kata Ibrahim Ali

K Pragalath | May 10, 2011
Beliau akan buat aduan kepada SKMM terhadap individu yang menggunakan akaun Twitter @IbrahimAliCLPT.



PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Dato’ Ibrahim Ali menyifatkan orang yang menggunakan namanya sebagai ‘iblis’ dan bercadang membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu berkenaan.


“Tunggu Wiranita Perkasa buat laporan. Apa pun, memang ada ‘hantu’ atau ‘iblis’ yang guna nama saya,” kata Ibrahim yang juga merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mendapat tahu ada pihak tertentu menggunakan akaun Twitter @IbrahimAliCLPT dan gambar beliau untuk akaun tersebut.


“Ini kerja desperado dan perbuatan terkutuk puak pengecut yang ‘no ball’, ‘low class’ dan najis. Siapa makan cili dia rasa pedas!” kata Ibrahim yang menzahirkan rasa marah beliau.

Beliau turut menafikan bahawa beliau mempunyai akaun mikro blog, Twitter.
Pemegang akaun @IbrahimAliCLPT hari ini menulis akan membuat laporan polis terhadap Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undan Perlembagaan Majlis Peguam, Syahredzan Johan berikutan kenyataan Syahredzan bahawa Malaysia tidak mempunyai agama rasmi.

“Saya tidak perlu berdebat dengan Syahredzan. Selaku Presiden Perkasa, saya hanya perlu buat laporan polis terhadap pengkhianat negara. Secara kebetulan, Wirawati Perkasa turut membuat laporan terhadap Syahredzan.

Ketika ditanya perkara ini, Ibrahim berkata, “mungkin (dia) tahu wiranita nak buat repot, maka dia masuk dalam twit guna nama saya, maka betullah, yang twit itu saya. Betul-betul anak haram.”