Wednesday, May 4, 2011

MISAI UMNO DAH KENA TANAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dalam satu perhimpunan agung umno beberapa tahun yang lepas, seorang pemimpin umno bermadah lebih kurang bunyinya biar jatuh tertiarap,misai jangan kena tanah. Maksudnya ialah walau macam mana redum pun keadaan dan tenatnya umno, ego jangan sekali kali direndahkan.

Tetapi hari ini, bukan sahaja umno sudah jatuh tertiarap, misainya juga berlumuran dengan lumpur. Mengapa umno memilih jalan ini untuk kekal berkuasa? Adalah lebih baik kalau umno menyedari beberapa perkara:

1. Isu video seks yang cuba dipromosikan oleh umno bukan sahaja tidak berjaya, tetapi menjadi umno dilihat sebagai bebal di mata rakyat. Muka orang bersumpah sudah terpahat dihati rakyat sebagai sesumpah yang bebal, kenapa umno perlu bela dan bela sibebal ini?

2. Isu video seks ini memberi isyarat kepada anak muda sepemikiran dengan umno bahawa seks haram itu dibolehkan, kerana surat kabar, tv, orang politik mempromosikannya. Anda boleh jangka jumlah anak haram jadah yang akan dilahirkan selepas daripada episod video seks ini akan melambung naik.

3. Memberi amaran kepada orang cina supaya mengundi mca adalah satu kehancuran taktikal yang umno tidak baca secermatnya. Dengan sengaja umno mengundang petaka yang maha besar

4. Mengajak PAS masuk bn adalah satu lagi petaka taktikal yang secara bebal diundang umno. Ini kerana dengan jelas umno mengisytiharkan ia berada dalam keadaan yang sangat lemah sehingga parti yang sangat jijik pada persepsi umno hendak digomol dan dijilat

5. Anwar yang difitnah sebagai pelaku video seks dihinjak suruh berhenti daripada politik. Seorang pemimpin bn yang mengaku dialah pelaku satu video seks asing dibenar berada dalam politik. Ini hapa ke benda ni?

6. Mengapa umno tidak konsentrasi dengan agenda menjadikan Malaysia sebagai economic powerhouse?

7.  Mengapa tidak konsentrasi dengan usaha agar GDP per capita Malaysia memecut meninggalkan thailand dan menghampiri spore?

8.  Mengapa dengan kelalaian umno status malaysia sebagai ekonomi ke 3 terbesar di asean redum dan digantikan dengan spore? sedangkan spore tu 68 kali lebih kecil daripada malaysia

9.  Mengapa umno tidak serius untuk menahan agar harga petrol terus dikekalkan pada harga subsidi? Ini tidak, sekiranya harga pasaran dunia melebihi USD100.00 secara berterusan, maka umno tidak akan mampu mempertahankan subsidi petrol. Kenapa? sebab wang negara dah kena songlap

10. Mengapa umno perlu menggunakan ngo yang ternyata menyayat hati minoriti malaysia untuk meraih simpati orang melayu? Mengapa perlu diarak kepada lembu? mengapa perlu disangkut dipagar kepala babi? mengapa perlu label sesuatu minoriti pariah? mengapa perlu dilabel sesuatu minoriti tidak mengenang jasa?

11. Mengapa sekejap 1 malaysia. Sekejap 1 Melayu. Sekejap 1 bumi. 

12.  Semuanya adalah kerana sekiranya janji dalam buku jingga itu direalisasikan, misai umno merungkup kena tanah.