Monday, October 3, 2011

MASJID TIBA TIBA GHAIB

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sekiranya anda biasa ke Makkah dan Masjidil Haram, ada satu masjid yang popular di kalangan mereka yang berasal dari alam melayu. Masjid ini berada kira kira 600 meter daripada pintu Babus Salam .Mereka menamakan masjid ini sebagai Masjid Kucing.

Abu Ahmad, kawan aku yang tinggal di Muassim memberi tahu bahawa masjid ini di kalangan orang Arab Makkah dikenali sebagai Dar Nadj. Kawasan sekitar masjid Kucing ini telah di earmark untuk diruntuhkan bagi membangun bahagian Masjidil Haram yang baru.





Kawasan Masjidil Haram yang sedang dalam pembinaan ini begitu luas sekali, kerana aku perhatikan ia mungkin berkeluasan sama seperti keluasan masjid yang sedia ada.



Apabila aku ke kawasan Masjid Kucing semasa mengerjakan umrah ramadhan yang lepas, aku tercari cari Masjid Kucing . Bila sampai di lokasi masjid tersebut, tiba tiba aku dapati masjid itu telah ghaib.


Ia telah ditelan pembangunan yang sedang rancak berlangsung.