Semasa mula mula menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, antara benda benda yang menarik perhatianku ialah rak yang disediakan untuk meletakkan naskhah al Qur,an. Aku perhatikan pada ketika itu, rak rak tersebut begitu berkilat dan gemerlapan sekali, sebab mungkin ia diperbuat daripada tembaga dan sentiasa digilap oleh bangla yang bekerja dalam masjid tersebut. Maka timbullah keinginan dalam diriku kalau kalau aku dapat rak yang seperti ni untuk menempatkan al Qur'an di rumah aku.
Bila aku punyai rumah sendiri ada juga aku berkira kira untuk mencari rak yang sama seperti yang terdapat dalam Masjidil Haram ini, namun lama kelamaan terfahamlah aku bahawa maqam aku ni tak sampai untuk memiliki rak yang seperti ini. Aku terimalah haqiqat ini.
Semasa menunaikan umrah ramadhan yang lepas, aku dapati rak Qur'an dalam Masjidil Haram bahagian yang sering ku kunjungi tidak gemerlapan seperti dahulu. Tahulah aku yang si bangla tu tidak lagi menggilap rak rak tersebut, sebab itu kebanyakan rak rak yang aku perhatikan berkeadaan udam dan tidak gemerlapan.
Kan ke kelihatan pucat aje rak tuKemudian beberapa tahun yang lepas aku solat di Masjid Negara di Kuala Lumpur, dan aku perhatikan rak Qur'an di situ diperbuat daripada stainless steel. Aku perhatikan menarik juga rak yang sebegini. Teringin juga untuk menempah rak Qur'an bagi kegunaan di rumah aku.
Ini adalah pemandangan dari hadapan rak tersebut.Ok gak