Baru baru ni dalam pembentangan bajet, diumumkan skema kenaikan pangkat untuk guru yang lebih baik dan tidak perlu guru guru menunggu lama untuk kenaikan ke jawatan yang bergaji lebih baik.
Belum pun kering gusi guru menelan air liur, sudah sampai ubat bius untuk melalikan girang guru. Kerja 9 jam sehari. Untuk pengetahuan pak menteri, para guru bukan sahaja sanggup kerja 9 jam sehari, tetapi kalau 90 jam sehari pun para guru sanggup. Semata mata berkorban demi pak menteri.
Nanti bila sampai pilihan raya semua para guru akan undi pak menteri, sebab dengan cara itu sahaja para guru ini akan dapat dinaikkan taraf kehidupan mereka dengan cara menambahkan jumlah jam bekerja. Gaji tak naik pun tak apa pak menteri, tambah lagi jam bekerja, para guru akan taat mengikut perintah pak menteri.
Sebab seperti yang terpahat dalam hotak pak menteri;
Seperti yang terdapat di feedlot Negri Sembilan;
Guru semuanya lembu