Friday, January 6, 2012

TEMASUK.....3

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kira kira 15 tahaun lepas aku dijemput untuk menubuhkan sebuah rumah anak yatim. Aku tidak tahu apa sebab aku dijemput untuk menjadi pengerusi jawatan kuasa tersebut, adakah kerana pengalaman aku yang telah menubuhkan berpuluh puluh cawangan sebuah parti siasah.

Maka aku dan seorang sahabat lagi dan beberapa individu lain berkumpul dan bermesyuarat dan akhirnya rumah anak yatim tersebut telah tertubuh. Maka untuk mengendalikan rumah anak yatim ini memang mempunyai cabaran yang pelbagai.

Dipendekkan cerita, sumbangan orang ramai sudah mula mencurah masuk ke akaun rumah anak yatim ini, juga pada masa yang sama tanah tempat di mana rumah anak yatim itu ditempatkan sedang mengalami kenaikan nilai yang mendadak.

Aku beranggapan bahawa semua individu yang terlibat dalam jawatan kuasa tersebut adalah daripada jemaah atau gerakan Islam yang sama, maka tentulah fikrah mereka sama. Rupanya aku silap. Apabila akaun sudah mula kembung, dan nilai tanah mengalami appresiasi, menantu menantu tuan punya tanah telah mula menunjukkan sikap yang tidak langsung aku jangka.

Lagi dipendekkan cerita, sampailah masa majlis perasmian rumah anak yantim tersebut. Aku langsung tidak dimaklumi mengenai majlis perasmian tersebut yang telah disempurnakan oleh almarhum bekas seorang mufti. Bayangkan aku pengerusi pertubuhan, tetapi aku tidak dijemput untuk majlis perasmian.

Yang jadi pengerusi majlis itu adalah seorang sahabat aku yang diterjunkan ke dalam jawatan kuasa tersebut.

Apabila sampai masa untuk membentuk jawatan kuasa baru, aku dan seorang sahabat, Hj. A.H.S. yang sama sama bertungkus lumus untuk menjadikan rumah anak yatim tersebut satu realiti tidak memilih untuk terus bersama dengan jawatan kuasa tersebut, dan jawatan kuasa tersebut pun tidaklah meraung dengan terkeluarnya kami berdua.

Sahabat aku yang jadi pengerusi majlis perasmian tersebut akhirnya diangkat menjadi pengerusi baru. Kira kira 2 tahun lepas, secara tidak dirancang kami bertemu di sebuah kedai tayar, dan sahabat ini memberi tahu aku dia pun baru sahaja ditendang keluar daripada pertubuhan tersebut.

Mengenangkan hal ini, aku rasa aku telah membuat keputusan yang betul. Tetapi memang aku ada...

temasuk