Tuesday, March 20, 2012

CALL ME TUAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini aku nak pergi baharui permit pembantu rumah. Aku punya pembantu rumah dah berpuluh puluh keluar masuk, berhenti, ganti, berhenti ganti. Barang barang rumah aku pun ada yang lesap, pelbagai yang lesap, tak tahu macam mana boleh lesap.

Pembantu yang nak diperbaharui ni, untuk sesi sekarang dia telah bekerja untuk tahun ke 6. Dia yang memilih untuk bekerja dengan keluarga kami, sebab itu dia lari dari majikan lama, datang rumah aku dan aku formalise kan permit nya.

Kira kira 10-12 tahun lepas, aku menunggu kedatangan pembantu rumah di airport. Juga, kami dapatkan seorang pembantu untuk cousin isteri ku. Suami si cousin ni yang bersama di airport. Bila pembantu tu sampai sahaja, orang ini bisik kepada aku: I want her to call me TUAN.

Aku beritau si tuan ini, you tell her. Memang, ada orang yang tidak boleh nampak pembantu rumah, dan dan itu juga sikap bossy nya meruap dan dia terus jadi boss maha besar. Pembantu tu bukan manusia, tapi robot yang boleh bercakap.

Aku tertarik dengan surat pembaca dalam NST hari ini: we treat maids as servants or slaves.

Akhirnya bila si TUAN bercerai dengan si PUAN, dan pembantu ini tinggal bersama si PUAN, dan PUAN serta emak si PUAN pergi umrah, si pembantu kena kunci tinggal dirumah PUAN bersaorangan tanpa bekalan makanan yang cukup selama si PUAN pergi umrah.

berbulan kemudian, sekali sekali si TUAN menjengah, maka si pembantu bertanya kepada TUAN, mau minum apa TUAN?