Thursday, April 5, 2012

MENIPU TU SALAH, PAHAM?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa berbual bual dengan YB Dr. Che Rosli Che Mat MP Hulu Langat 2 malam yang lepas, kami membincangkan hal strategi yang aku namakan SIJ, iaitu strategi idris jusuh, merujuk kepada bagaimana usaha dilakukan di Terengganu untuk menjatuhkan pemerintahan PAS di Terengganu dalam PRU 2004.

YB memberi tahu di kawasan parlimennya lebih 20 ribu pengundi baru telah didaftarkan, tidak tahu oleh siapa. Dan beliau didatangi oleh mat indon yang memberi tahu bahawa mereka telah dapat ic dan telah didaftarkan sebagai pengundi. Tetapi kata mereka......

Yang dot dot tu kau pikior le sendiri. Mat indon ni pun tahu, cip dalam ic tu cip tipu, dan hanya boleh digunakan untuk pilihan raya sahaja, untuk urusan lain tidak boleh.

Cerita mengenai pemberian ic ni bukan cerita baru. Di Sabah, sampai hari ini amenoh biyenb tidak berani membuka sebarang siasatan mengenai hal tersebut, menunjukkan penipuan diarahkan oleh pihak yang paling tinggi dalam jawatan awam. Sebab itu mereka berbondong bondong melakukan kerja kerja menipu.

Penjawat awam mesti tahu dan akur, bahawa arahan yang salah tidak perlu dipatuhi. Arahan yang salah dan ada unsur jenayah hendaklah ditolak dan laporkan kepada penguatkuasa undang undang agar mereka yang melanggar undang undang itu diambil tindakan sewajarnya. Walau pun yang memberi arahan itu pemegang jawatan paling tinggi.

Ada hadis yang masyhur mengatakan Rasullullah memberi tahu sekiranya Fatimah Binti Rasullullah mencuri, maka baginda akan potong tangannya. Membawa implikasi bahawa tiada siapa pun yang lebih tinggi dari undang undang.

Amenoh biyen ni, kalau yang menipu tu mereka, tak apa. Boleh saja.

Kau tau tak, menipu tu salah?

Kalau nombor satu suruh tipu pun, salah tetap salah, paham?