Friday, May 18, 2012

HAJJAH HAMIRDIN? KAU BIAU BETUL!

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Prof. Sudarmaji, seorang kenalan di Universiti Gajah Mada, Jogjakarta bertemu dengan aku semasa aku berkunjung ke universiti tersebut kerana satu simposium. Kesantunan alam Melayu terasa semasa berada di Jogjakarta, kerana apabila aku bertanyakan sahaja kepada profesor profesor di UGM semasa coffee break di manakah Pak Sudarmaji, langsung seorang daripada mereka menelefon beliau dan beliau berjanji untuk bertemu aku sebelah petangnya.

Pak Sudarmaji, semasa bertemu aku, mengingatkan kembali peristiwa di satu conference di Brunei, tahun 2001, di mana aku bertikam lidah dengan Victor Savage, dari National University of Singapore hal dia kata apa perlunya layan orang Muslim di Singapore kerana mereka bukannya ramai.

Dipendekkan cerita, semasa sampai masa pembentangan aku, nama aku pun ditayang pada layar lcd. Nama aku ditulis sebagai Profesor Dr. Hj. Hamirdin B. Ithnin.

Pak Sudarmaji cuit aku, dia kata: Pak, itu perempuan pak.

Aku tanya mana?

Tu, Hj. Hamirdin tu, hj itu

Itu singkatan untuk Haji, kata ku.

Di Indonesia, kata Pak Sudarmaji, kalau haji tu singkatannya H.

Hj. tu,  Hajjah, pak!