Thursday, July 19, 2012

CATU AIR DI MALIM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa dalam perjalanan pagi tadi hujan lebat selebat lebatnya sekitar Rawang, dan aku ambil keputusan untuk berehat di R&R Rawang. Sambil rihat, terus tertido. Hujan sungguh lebat, sehingga sukar untuk memandu di lebuh raya dengan selamat.

Aku sentiasa mendoakan agar negara kita menerima hujan, kan ia satu rahmat daripada Allah swt. Terutamanya negeri Selangor, semuga hujan turun dengan banyaknya di Selangor.

Tapi sibengap lagi nawas menjejeh mengatakan Selangor kekurangan air, dan air akan dicatu. Bila disangkal dengan menunjukkan empangan melimpah ruah, sibengap lagi nawas kata, bukan air tu, tapi air terawat.

Ee, air tu tak sakit kau nak rawat apsal?

Tempat yang hujan tetapi air tidak cukup yang aku tahu hanyalah di Malim. Bukan Tg Malim, tapi malim sarjana.

Pam rosak. April lepas. Skrg dah ok