السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekitar tahun 1957 atau 1958, semasa aku belum lagi masuk sekolah, apabila sampai bulan ramadhan, nenek aku, yang bernama Tijah, tetapi diberi nama glamour Tonti, membawa aku solat tarawih di surau yang dikenali sebagai surau Tok Aji. Surau ini dinamakan sempana orang tua di situ yang aku percaya namanya Haji Ibrahim, yang disingkatkan jadi Aji Ayem. Kami mengenalinya sebagai Tok Aji sahaja.
Semasa orang bersolat tarawih, aku dan yang seangkatan hanya bermain main, dan mengacau orang solat aje. Yang aku ingat ialah semasa selawat, jemaah akan berselawat dalam bahasa yang kami tidak reti, yang kami tahu ialah sambut apa yang mereka sebut sekuat kuat hati.
Aku tahu hanya yang hujung saja....
Alaiiiii