السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa mendengar khutbah di sebuah masjid semalam, khatib yang membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa agama menyatakan Imam Syafie khatam baca Al Quran 60 kali dalam bulan Ramadhan. Aku mengira ngira, kalau macam itu imam yang mulia itu kena khatam 2 kali dalam sehari, dan kena khatam selama 30 hari berturut turut.
Aku berkira kira lagi, secara fizikal, amat sukar untuk seorang manusia melakukan perkara yang sedemikian.
Ada juga aku dengar orang mengatkan imam anu solat malam 1000 rakaat. Aku pun mengira ngira. Kalau sekiranya imam tersebut mengambil masa 30 saat untuk satu rakaat, maka untuk 1000 rakaat, beliau memerlukan 30,000 saat, bersamaan 500 minit bersamaan 8.3 jam. Aku rasa beliau tidak cukup masa untuk solat sedemikian kerana waktu subuh dah masuk sebelum selesai 1000 rakaatnya.
Kalau si imam ni mengambil masa 1 saat untuk satu rakaat, maka beliau akan memerlukan 1000 saat untuk solat 1000 rakaat, dan akan mengambil masa 2.7 jam. Kira kiranya sempatlah berqiamullail sebelum subuh masuk.
Tapi logik ke solat satu rakaat dalam masa 1 saat?
Aku pernah time seorang yang solat laju dalam sebuah masjid satu masa dulu. Insan ini mengambil masa kira kira 10 saat untuk rukuk setelah takbirratul ihram. Katakan lah untuk semua rukun, seseorang itu mengambil masa 15 saat untuk satu rakaat., maka untuk solat 1000 rakaat dia memerlukan 4.1 jam.
Kalau dia mulakan qiamullailnya jam 10 malam, maka dia selesai jam 2 pagi. Itu dengan cara solat tanpa henti untuk rehat atau tarik nafas.
Dalam tafsir AlAzhar, karangan yang mulia almarhum Hamka, beliau mengatakan semasa dalam tahanan beliau khatam quran sebanyak 100 kali. Yang ini aku percaya, kerana Hamka kena tahan selama 2 tahun, dan untuk khatam 100 kali, beliau perlu khatam setiap 7 hari.
Dalam hidup aku pernah bila aku pulun cukup cukup, dapat khatam dalam masa 10 hari.