السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bagaimana dengan pendapat tuan mengenai utz itu yang bersuara begian dan begian? Nak cepat sampai, terjun kapal.
Bagaimana dengan bp tuan? ok, under medication.
Selesai makan, buat sesi foto, dan beliau beredar.
Hasil berpuluh tahun berusrah, ramai di antara yang hadhir telah didedahkan dengan kelebihan ilmu, orang yang menuntut ilmu, orang yang mengajar ilmu serta ulama'.
Kitab Mat'la al Badrain oleh Syeikh Daud Fatani mengajarkan kesemua ini dalam bab paling awalnya. Begitu juga dalam Sir As Salikin oleh Syeikh Abdul Samad Falembani.
Bila bertemu dengan suasana sebenar maka ramai yang ingin merealisasikan apa yang terkandung dalam kitab kitab agung ini.
Kalau ada satu kumpulan dakwah dulu berebut nak minum sisa air basuh tangan syeikhul nya, maka yang hadhir di sini ingin merealisasikan apa yang diajukan oleh Daud Fatani dan Abdul Samad Falembani. Memang sisa makanannya di idamkan dan dihirup dan dikunyah.
Hanya yang tidak berjumpa dengan tulisan Daud Fatani atau Abdul Samad Falembani sahaja tongong sombong yang berani berlagak menggelar diri sendiri mursyidul am sebuah ngo.