Usrah malam tadi baca Surah Fussilat. Dalam mentafsirkan ayat 29, HAMKA menyatakan semasa beliau kena tahanan mulai 12 Ramadhan 1383 kira kira dalam tahun 1962, beliau telah sakit, lalu dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi kamar khas.
Semasa dalam kamar tersebut, anggota polis yang sepatutnya mengawal, hanya hadhir untuk masa yang singkat, kemudian menghilangkan diri, sekira kira kalau HAMKA nak cabut lari, boleh dilakukan. Apabila kesihatan beliau bertambah baik, jururawat yang sering bertugas memberi tahu beliau kami takut masuk ke kamar bapak. Kenapa, tanya HAMKA. Sebab diluar kamar bapak ada orang pakai pakaian putih dan berserban putih berkawal. Sebab itu polis yang sepatutnya berkawal di luar kamar, tidak berkawal, tetapi menjauhkan diri dekat pos sekuriti.
Teringat peristiwa tahlil di rumah Hj Hamzah Osman kira kira 15 tahun yang lepas, Hj Arifin Mahmud yang lengkap berserban lengkap duduk di sebelah aku. Serban Yasser Arafat warna merah. Kemudian Hj. Arifin azan, aku memerhatikannya. Sebaik selesai azan, dia kembali duduk sebelah aku. Aku perhatikan dia, tiada serban, dan hanya pakai baju melayu dan kain pelikat dan kopiah putih. Habis siapa tadi yang berjubah dan berserban azan?
Kira kira 20 tahun yang lepas, Hj Arifin Daud pula menumpang kenderaan aku untuk ke usrah. Aku berhenti depan gate rumahnya. Dia keluar, melintas di hadapan kereta aku, dan dari suluhan lampu kereta aku nampak dia pakai jubah putih dan serban putih. Dia masuk kereta dan duduk sebelah aku.
Sebaik sampai ke tempat usrah, semasa bersila aku perhatikan Hj Arifin Daud hanya pakai baju melayu, kain pelikat dan kopiah putih.
Habis siapa yang berjubah putih dan berserban putih yang duduk sebelah aku tadi?