Tuesday, November 20, 2012

TUMBUK SIAP SIAP

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Kita kena hadapi pilihan raya dengan yakin, ikhlas dan ilmu dan bija.

Saya alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.

Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh (dapat) ikan belukang sebesar kelingking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah.

Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri  kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.

Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Itulah caranya."
Siapa yang tak cerdik kata utz Hadi nak jadi PM?