Friday, December 14, 2012

KENA SEMBELIH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rusia telah mengakui bahawa regim Basyar Assad boleh jatuh bila bila masa lagi. Masyarakat antarabangsa telah diingatkan tentang kemungkinan penggunaan senjata kimia untuk menyembelih dan membunuh rakyat sendiri yang menjadi penentang regim ini.

Regim ini telah ada rekod tentang penggunaan senjata kimia terhadap rakyat sendiri. Begitu juga dengan bekas regim Saddam Husin yang juga telah menggunakan senjata kimia terhadap rakyat sendiri. 

Apa yang mereka pertahankan ialah kuasa yang mereka curi daripada rakyat. Mereka seperti kucing yang mencengkam apa jua yang dapat dengan kuku apabila ditarik dari tempatnya. Begitulah juga segelintir orang seperti diktator Arab telah telah tumbang satu demi satu. Mereka tidak akan sekali kali melepaskan kuasa yang dicuri walaupun semua rakyat membenci dan memberontak agar kuasa diberikan kepada rakyat.

Akhirnya semuanya tumbang dan akan tumbang.

Begitu juga di negara ini. Perangai seperti kucing mencakar apa sahaja yang dicakar agar kuasa tetap berada dalam kelumpuk sendiri menular dan menebal dalam kelumpuk yang ketagihan kuasa. Apa cara sekali pun kuasa mesti dipertahankan. Kalau perlu gunakan senjata kimia jenama 13 Mei untuk mempertahankan kuasa.

Akhirnya semuanya tumbang dan akan tumbang.