Tiba tiba enjin kereta tersenggut dan power semakin berkurang. Aku cuba tekan minyak, namun kereta tidak bertenaga, kemudian power hilang langsung, dan akhirnya enjin mati secara tiba tiba. Aku dan Mat Jani keluar dari kereta, dan ku lihat enjin kereta berasap. Kereta aku tersadai.
Aku dalam perjalanan untuk ceramah STPM di Kuala Selangor dalam tahun 1984. Kereta itu tersangkut di Asam Kumbang, dan perlu di top overhaul.
Kira kira seminggu sebelum kejadian tersebut, almarhum ayahanda ku meminta RM 500.00 daripada aku. Katanya nak beli motosikal honda cup. Aku beritahu almarhum, aku tidak punya duit sebanyak itu pada ketika itu. Beliau diam sahaja.
Kereta Toyota Corolla aku yang rosak itu sudah siap. Total bill: RM 500.00
Tadi kata tak ada duit RM 500.00, sekarang boleh pula bayar RM 500.00
Ayahanda ku beli juga moto tersebut dari sumber wang yang aku tidak tahu dari mana, dan digunakan motor tersebut ke akhir hayatnya.
Kesesalan ku: mengapa aku tak beri RM 500.00 yang dimintanya?