Monday, May 20, 2013

TERJUMPA GIGI AJAIB

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa di Form 5, terbaca perihal Mae West, yang pada masa itu berumur sekitar 80 tahun, yang masih anggun dan bergetah. Ditanya rahsia giginya yang kelihatan masih ori, beliau memberi tahu, gosok gigi sebelum tidur, dan gosok gigi paling lambat setengah jam selepas menjamah makanan.

Semasa aku di sekolah ugama, ustaz ku, namanya ustaz Khamis memberi petua, kalu gigi mau tahan, lepas buang air besar, tekan gigi ke bawah, sebab, katanya, gigi tumbuh masa meneran taik.

Apabila masuk era warga emas ni, aku perhatikan kawan kawan yang seangkatan ramai yang telah kehilangan gigi. Semasa kami mengadakan sukan PASTI pada minggu kedua Mei yang lepas, seorang pegawai sukan kami yang saban tahun membantu sukan kami berkata sesuatu kepada aku. Apa ji? tanya ku. Sebabnya ialah aku tak faham apa yang dituturkan oaleh tuan haji tersebut. Dia mengulangi kata katanya, aku jawab: apa ji?

Dia berkata: fufufu keluk fufufu. Yang keluk tu ialah bunyi gigi yang masih tinggal berlaga.

Semalam aku lihat seorang yang begitu lancar berperang mulut dengan petugas BN semasa pru tahun 1990 pun juga lebih gusi daripada gigi.

Dizaman warga emas ni, gigi ajaib amat perlu