Wednesday, September 11, 2013

PERIHAL AZAN.....1

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dari Kitab Bahrul Mazi oleh Al Marbawi, vol 2, m.s. 64, masalah 134.

Mengikut Al Marbawi, yang seluruh kitabnya membincangkan hadis Tarmizi, hadis mengenai bang atau azan yng dikeluarkan oleh Tarmizi adalah pendek, lalu beliau mengemukakan hadis mengenai hal ini yang dikeluarkan oleh Shafie dalam Kitab Al Umm.

Katanya (kata Shafie): diriwayatkan daripada  Abdullah Ibn Mahiriz katanya: maka berkatalah aku bagi Abi Mahzurah: Ya Pak Wan, bahawasanya aku akan keluar pergi ke negeri Syam, dan bahawasanya aku takut ditanya orang akan Bang yang diajar Nabi akan dikau apakala sampai aku ke sana, maka khabarkanlah kepada aku akan hadisnya dan lafaznya. Jawab Abi Mahzurah, baik!

Kata Abu Mahzurah:  Keluarlah aku beberapa orang, maka jadilah kami berjalan pada setengah jalan Hunain. Maka Rasulullah s.a.w. mengembalikan tenteranya daripada Hunain maka berjumpalah kami dengannya pada setengah jalan. Dalam itu bang lah tukang bang dengan sembahyang di sisi Rasulullah s.a.w., maka aku dengarlah suara tukang bang itu pada halnya kami sedang bersinduh semuanya. Maka keriaulah aku mengajuk bang dan mengejek ngejeknya, rupanya didengar oleh Rasulullah s.a.w. akan suara ku.

Maka diutusnya orang kepada kami hingga dibawa orang akan kami didirikan di hadapan Rasulullah s.a.w. (yakni sebagai orang salah). Maka sabdanya siapa daripada kamu telah aku dengar suaranya sungguhnya tinggi ia (kerana suara Abi Mahzurah itu sedap dan nyaring ke mana mana). Maka ditunjukkan oleh orangsemuanya kepada aku. Maka Rasullullah s.a.w. pun melepaskan semua mereka itu dan ditahannya aku.

Maka sabdanya bangkit (bangun berdiri) bang sembahyang, maka bangunlah aku. Tiadalah rasanya pada masa itu suatu yang aku benci lebih daripada aku bencikan Rasulullah s.a.w. dan bencikan barang yang disuruhnya aku. Maka berdiri aku dihadapannya lalu diajar Rasulullah s.a.w. akan bang dengan sendirinya, maka sabdanya: kata oleh mu:

Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahu Akbar, Allahu Akbar
Asyhadu allailaha illallah
Asyhadu allailaha illallah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah

kemudian sabdanya: ulang oleh mu dan lanjutkan suara mu
Kemudian sabdanya:

 Asyhadu allailaha illallah
 Asyhadu allailaha illallah
 Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
 Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
Haiya 'alassolah
Haiya 'alassolah
Haiya 'alalfalah
Haiya 'alalfalah
Allahu Akbar
Allahu Akbar
La ilaha illallah

Kemudian dipanggilnya aku pada waktu selesai bang, maka diberinya akan daku satu pundi pundi di dalamnya berisi suatu daripada perak, kemudian menghantar nabi akan tangannya di ubun ubun ku.......

(bersambung)