السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semasa bergiat dengan satu badan siasah, suasana pada masa itu amat mudah ditelah. No worry, mesti betul punya telah kau tu, iaitu, bertanding, kalah. Apabila ada jawatan yang hendak dipertandingkan, maka masing masing akan mengelak diri daripada dilantik atau terlantik, kerana jawatan itu pastinya akan menggayutkan diri anda dengan pelbagai bebanan dan tugas yang tidak penting dan tidak membawa sebarang pulangan.
Suasana berubah, apabila berkat dan hasil daripada penat jerih tadi, keadaan kalah bertukar kepada menang, walaupun menang bukan dalam erti kata boleh menjadi raja dalam urusan keduniaan, namun ghanimahnya tetap ada. Sekurang kurangnya boleh dilantik jadi ahli majlis. Itu sudah cukup bosar, kerana yang bergayut dengan perlantikan tersebut ialah kuasa, yang dulunya sangat elusif.
Pernah ku sebutkan dalam usrah dan pertemuan kami yang sudah otai ini, dalam kes perempuan, 100 orang yang terdapat dalam badan ini, 10 adalah yang terlibat, seperti beristeri lebih daripada satu. Kalau judi, atau arak, dalam 100 adalah sorang. Tapi kalau hal duit, sama saja dengan yang diseberang pantai nuu.
Percikcokan ini bukan lagi rahsia. Bukan lagi tertutup, tetapi telah menjadi tayangan perdana dan ditonton oleh semua.
You worry? I no worry