Monday, December 2, 2013

BERSERBAN DLM KUBUR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Apabila sampai masanya semua makhluk akan menemui tuhannya. Semuanya akan tinggal, melainkan tiga perkara: Amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapa.Ku lihat sepintas lalu jasad yang sedang disempurnakan kafannya sebelum didirikan solat untuknya. Juga semasa aku meninjau ninjau tempat permandian si arwah, aku melintasi peralatan pengkafanan yang telah disediakan terlebih dahulu sebelum mayat dimandikan.

Dari jauh ku teliti apa yang telah disediakan, oo, sama seperti pada kebiasaannya. Cuma yang aku masih tertarik ialah turut disediakan serban bagai tujuan dipakaikan kepada mayyit tersebut. Aku telah lihat serban untuk mayyit beberapa kali sebelum ini.

Mengapa dipakaikan serban apabila sudah arwah? adakah itu satu pengiktirafan bahawa serban itu perlu bagi seseorang di alam akhiratnya?

Mengapa kau tidak pilih menyerbankan kepala mu semasa kau hidup, tetapi diserbankan ketika kau dalam kubur?