Tuesday, December 31, 2013

MERAHANG VS SEMERBAK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sebaik aku keluar dari kamar bau merahang menerjah tajam ke hidung ku. Waduh, bau apa yang busuk ni, bisik ku dalam hati. Dulu semasa TKI-tenaga kerja indon- bekerja di rumah ku, mereka telah sangat tersedia maklum pak ostad sangat sensitif dengan bau bau seperti ini. Mereka akan sangat cermat sekiranya menggoreng ikan bilis, membakar belacan atau memasak pekasam.

Apabila aku sampai ke ruang dapur, bau yang merahang itu semakin keras dan menerjah deria hidu ku dengan hantaman yang amat kuat sekali, sedangkan jam baru hampir masuk waktu subuh.

Apa yang merahang ni? aku ingin mendapatkan kepastian.

Apa merahang? orang dah bangun dari pukul 5 pagi nak buat nasi lemak ni. Jawab suara yang otoritatif.

Apa yang semerbak ni, aku memiraukan dialog.

Hah, macam tu la. Nasi lomak kalu tak de ikan bilis mano sodap!