السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hanya yang betul betul kental dan jitu keimanan mereka akan menyokong mengenai memperkenal dan perlaksanaan hudud. Tabik seribu kali tabik kepada Tuanku Sultan Brunei yang secara insaf dan gigih serta sedia menerima apa juga risiko untuk memperkenal dan melaksana hudud di negara Baginda.
Di Malaysia iklim politik sangat jauh berbeza dengan negara Brunei dan dengan mana mana negara lain di dunia. PAS secara ex parte dijangka membentangkan usul perlaksanaan hudud di Kelantan Jun ini. Siapa yang menyokong, siapa yang pura pura menyokong dan siapa yang menentang sudah ada bayangannya sekarang kalau usul ini di bawa ke parlimen Malaysia.
PR, Pakatan Rakyat, satu gagasan longgar yang mana PAS adalah salah satu ahlinya telah pun menyatakan pendirian mereka mengenai isu ini. Anwar Ibrahim menyatakan hudud hendaklah diberi penerangan secukupnya dahulu, sementara Lim Guan Eng mengatakan memang bukan menjadi persetujuan dalam PR tentang perlaksanaan hudud.
Jadi PAS dalam keadaan terkontang kanteng. Mungkin ada sekoq dua ekoq keris yang sokong sekiranya dibentangkan nanti, itu pun kerana muslihat politik. Yang lain tu telah diketahui pendirian mereka: biaq pii laa...
Benarlah kata kata mu Tuan Guru Haji Hadi, sekiranya ia tidak berlaku dalam zaman mu, ia pasti menjadi realiti di masa akan datang.
Itu lah yang aku nak kata:
Tahniah PAS