Thursday, July 2, 2015

SEGERAKAN PARTI BARU

سْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Perkembangan semasa dalam politik semasa penuh dengan pelbagai andaian. Golongan yang tidak berjaya dalam pemilihan PAS baru baru ini jelas menunjukkan kekecewaan mereka terhadap keputusan pemilihan. Yang ingin saya tanyakan ialah kebanyakan daripada mereka ada lah seasoned politicians, yang sepatutnya telah  boleh membaca atau membuat telahan tentang kemungkinan kemungkian pemilihan tersebut, tetapi daripada riak respons mereka, jelas mereka terkedu, tersentak dan langsung tidak menduga. Adakah kail kurang daripada sejengkal?

Sejak Kota Damansara hingga ke Langkah Kajang, ramai diantara mereka telah tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi PAS. Memang, apabila dalam organisasi anda telah tidak sehaluan dengan pimpinan, pilihan yang ada ialah menggantikan pimpinan tersebut, dan itu yang telah mereka lakukan, tetapi dagal dalam pemilihan. Atau berpadu dengan menerima aliran pemikiran kepimpinan. Ini yang mereka tidak boleh terima. Atau mendiamkan diri, atau hibernate, dan kemudian strike apabila masanya sampai. Ini juga sukar untuk mereka terima, kerana akan memakan masa yang mungkin terlalu panjang bagi mereka. Atau keluar parti. Keluar dan menyendiri, atau keluar dan tubuhkan satu parti baru yang menyaingi atau menjadi lawan parti lama, asalkan aspirasi asal dapat diperjuangkan. Ini yang sedang digembar dan digemburkan.

Yang saya pertanyakan ialah mereka ini seperti yang saya katakan tadi adalah seasoned politicians, sepatutnya mereka boleh membaca setiap urat saraf PAS. Tetapi ini tidak kelihatan pada mereka. Mereka seolah tidak membaca denyut nadi setiap ahli PAS yang bersengkang mata menampal poster, bertegang leher di pondok panas serta di polling station. Mereka yang gurkha ini, yang menyambung perjuangan para pakcik yang mendayung perahu untuk menghadhiri program PAS, yang berbasikal, yang berjalan kaki, yang bervespa, yang menjual keping keping getah dan segerap untuk kewangan parti, adalah kental sekentalnya dalam PAS.

Berbeza dengan mereka yang telah merasa lazat akan kemenangan yang dikurniakan Allah. Sedapnya dan lazatnya kemenangan itu terliur hingga ke halqum. Apabila ada riak yang menghala kepada kepudaran kemengan yang lazat ini, maka segala arsenal mesti digembleng agar preservasi kemengan ini dijaga sekukuh mungkin. Juga perasaan terasa kehebatan diri jelas dipermeasikan apabila mereka menduduki kerusi menang. Tersentuh sekelumit akan membangkit wrath yang gergasi.

Senario pilihan raya akan datang tidak akan sama dengan 2013. Anwar Ibrahim sekarang dalam penjara. Kalau tiada apa yang diluar jangkaan, beliau akan terus berada di sana sehingga PRU akan datang disempurnakan. Faktor ini akan memberi kesan kepada keputusan PRU itu nanti. Parti baru yang digembar dan digembur ini menyelogankan Malaysia yang lebih baik, serta menpyscho kan 70% daripada ahli PAS akan menyertai mereka. Memang ada yang akan bersama mereka. Tetapi anda sendiri nanti yang akan bilang jumlah mereka. Tanpa faktor Anwar, pencapaian 2013 akan berubah, kerana apa yang LGE atau LKS cakap, kepercayaan kepada pertuturan mereka meredum di kalangan pengundi.

Juga faktor berebut untuk menjadi pemimpin nanti tidak dapat dielakkan, dan ini mungkin akan membawa kepada aliran pemikiran yang baru, yang mana, ia boleh menatijahkan terbentuk dua parti politik baru. Satu yang diwar war oleh PASMA, dan satu lagi yang diidamkan oleh yang tersungkur. Dikala itu joget politik DAP menjadi sumbang, kerana dengan political engineering mereka sekarang yang menggunakan isu usul muktamar untuk mengisytihar secara unilateral PR telah mati, dan membentuk satu parti polilik baru menggantikan PAS dan kemudian buat satu pakatan baru, maka kesepakatan baru itu kelihatan goyah dari awalnya.

Semakin lama ditangguh penubahan parti baru ini, semakin sukar mereka untuk mengendung tangkapan. Kalau ada penunjuk yang mereka ingin gunakan sebagai aras tanda, keputusan pemilhan muktamar itulah benchmark nya.  Kerana selama ini equation politik PR banyak bergantung kepada kegurkhan PAS. Diberikan PRU pada hari ini, grup ini tidak punya gurkha untuk menanganinya. 

Oleh itu segerakan penubuhannya.