Melihat dan mendengar petelingkahan baru yang berputik dan membuah antara Tun Mahathir dengan AA Badawi sememangnya membuatkan kita meluat. Ini adalah kerana, perkara sedemikian ditayang dan dicetak dan dibentang di penglihatan kita dan disumbat di pendengaran kita, sedang kita tidak mahu dan tidak memerlukan semua itu.
Kalau mereka nak bergaduh, sila lah di tempat yang tidak diketahui oleh umum, tetapi sekiranya perkara yang sedemikian diumum dan disiar kepada umum, maka ia bukan menyebabkan umum menyebelahi mana mana pihak, tetapi sebaliknya memebenci kedua dua pihak.
Apa yang kelihatan pada pandangan umum ialah, satu pihak sedang ketagihan kuasa, kerana dulu pernah memegang kuasa untuk tempoh yang sangat lama, sehingga daki kuasa tersebut mengeras dihempedu dan tidak boleh dikikis buang. Setelah iddah merajuk luput, puak ini cuba merayap semula dengan dengan taring tumpulnya untuk menyeringaikan bekas bekas tinggalan kuasa. Awam menyampah melihatnya.
Di satu pihak lagi telah terlepas kuasa satu satunya modal yang sangat ampuh untuk menundukkan siapa sahaja. Apabila modal ini dilepaskan secara percuma, kan menyesal jadinya. Apabila kubur dan siap digali, dan sedang diusung untuk dilabuhkan di dalamnya, mana bisa orang akur kata kata mu lagi. Kan elok menikus sebagai persiapan untuk ke alam senile.
Boleh tak kedua dua tu senyap sikit.