Wednesday, October 22, 2008

WARISAN BOTOX

Assalamualaikum,


Sikap menuding seorang mantan terhadap bajet yang dikemukakan oleh kerajaan negeri Selangor mencermin dan melambangkan rasa kempunan dan ketagihan terhadap kuasa yang pernah dulu dikecap tetapi disentap oleh Allah. Mengatakan bahawa Selangor akan menghadapi menghadapi masalah air, letrik dan sampah adalah jelas menunjukkan bahawa inilah bidang yang mereka gagal untuk selesaikan semasa memerintah dan dengan itu menjangkakan kerajaan PR sekarang juga akan gagal sama.


Masalah air di Selangor adalah berpunca daripada kelemahan pentadbiran negeri tersebut sebelum diambil alih oleh PR. Keadaan pembekalan air di Negeri Selangor memang sentiasa dalam keadaan yang precarious, dan memang dijangkakan defisit bekalan boleh berlaku bila bila masa sahaja. Sebab itu telah ada perancangan untuk memindahkan bekalan air mentah dari empangan Kelau di Pahang ke Hulu Langat bagi menampung kekurangan yang dijangka ini. Tetapi, oleh kerana Selangor telah jatuh ke tangan PR, telah ada ura ura untuk memberhentikan perancangan ini. Ini menunjukkan ada sifat dengki dan hasad yang berkesumat di hati BN untuk mendera dan menghukum rakyat Selangor yang menolak BN.


Tetapi perlu diingat, bukan Selangor sahaja yang sentiasa berhadapan dengan masalah pembekalan air, negeri negeri yang ditadbir oleh BN juga ada yang berkeadaan sedemikian. Contohnya ialah Negeri Sembilan. Kalau anda ke Seremban minggau lepas, mungkin anda juga turut sama merasai kesan tiada bekalan air di kawasan tersebut. Begitu juga dengan Melaka.


Masalah letrik adalah masalah negera. Tiada ada mana mana negeri yang terkecuali, cuma yang membezakan Selangor ialah negeri ini adalah negeri yang paling membangun dari segenap bidang, maka sudah tentulah permintaan kepada bekalan letrik melebehi negeri negeri lain. Mengapa pemerintahan BN Selangor dulu tidak bereskan perkara ini?


Masalah sampah wujud kerana team BN yang memerintah Selangor pada sesi yang lepas mempunyai otak yang penuh sampah. Mereka cuma memikirkan fulus yang boleh dikantung sekiranya projek besar besaran dapat dilaksanakan. Sebab itu mereka cuba untuk membangun incinerator di Broga, tetapi disebabkan bantahan rakyat, projek yang membahayakan kesihatan itu kerana akan menghasilkan racun paling bisa yang pernah diketahui bernama dioxin, dihentikan. Cubaan untuk membina incinerator adalah jalan pintas untuk menyelesaikan masalah sampah oleh pemerintahan botox ini.
Mengapa mereka cuba mengambil jalan pintas? Sebabnya otak mereka, seperti yang saya sebut tadi, dipenuhi sampah dansarap sahaja. Mereka tidak punyai kreativiti untuk menangani masalah ini. Sebab itu cara pengumpulan sampah dan pelupusan sampah tidak menunjukkan peningkatan dalam pemerintahan botox, dan terpaksa team PR menerima warisan berkualiti sampah tersebut.
Kegagalan mereka cuba dikelecek supaya kelihatan sebagai kegagalan PR.