Wednesday, April 22, 2009

PEKAN NANAS YANG PANAS

Assalamulaikum,

Belum lagi selesai kes peminat bola marahkan polis di Kelantan, dan dengan kadar jenayah yang emlonjak di Kuala Lumpur, terutama di Segitiga Emas Kuala Lumpur, timbul pula kes balai polis dikepung orang ramai di Pekan Nanas, Johor.

Apa yang pada mulanya hanya merupakan salah faham kecil yang berlaku di sebuah sekolah, hampir mencetuskan rusuhan apabila kira-kira 1,000 yang naik angin dan bertindak mengepung balai polis Pekan Nanas di Johor semalam.


Menurut laporan media, balai polis itu dikunci dan sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan untuk menghalang orang ramai daripada masuk ke dalam balai.

Jelas daripada insiden insiden ini nampaknya hormat orang awam kepada pasukan polis sangat rendah. Bukan kerana oang awam tidk menghormati atau tidak mahu hormat kepada pasukan polis, tetapi kerana pasukan polis itu sendiri yang mencemar dan melumur imej mereka dengan kotoran sehingga ditanggap jijik oleh orang awam.

Mereka terlalu keras dengan rakyat. Demostrasi yang dibenarkan oleh undang undang dikekang habis habisan, tahanan ramai yang menderita, kelihatan didera, tetapi tiada siapa yang mahu mengaku sedemikian, pilihanraya dijaga dengan begitu angkuh seolah hampir berlaku perang, ceramah parti bukan BN iganggu dan digugat. Ceramah BN dibantu. Dan itu. Dan ini.

Maka rakyat naik muak kerana sentiasa didera.

Mak berlakulah apa yang telah berlaku