Monday, June 29, 2009

INI DIA PENYEMBELIH NYAWA SPARE UMNO

Assalamualaikum,

Rakyat Malaysia sudah maklum sekarang UMNO berada dalam keadaan seperti kereta yang pamcit tayar. Terpaksa gunakan tayar spare. Tayar ini bukan bagus dan bukan kuat, tetapi sekira kira cukup untuk digunakan sehingga sampai ke kedai mekanik agar tayar baru dapat dipasang.

Tetapi tayar spare ini pun kena humban oleh seseorang. Macam manalah UMNO tidak putus angin!

Tidak lain dn tidak bukan penyembelih nyawa ikan yang spare bagi UMNO ialah insan ini
Tanda tanda kemarahan UMNO ialah:
1. Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Kamarudin Kachar berkata, perdebatan itu tidak harus diadakan kerana Mursyidul Am Pas bukan pejuang Islam yang sebenar.

2. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.

3. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Tindakan Pas kembali mengkafirkan UMNO hanya suatu cubaan mengalih pandangan umat Islam terhadap pembohongan mereka yang mengorbankan prinsip perpaduan ummah.

4. Dan ramai lagi yang tergapai gapai