Tuesday, June 30, 2009

NIK AZIZ FORCED UMNO INTO ERROR

Assalamualaikum,



Bagi yang tidak memahaminya, pelawaan berdebat oleh TG Nik Aziz terhadap DS Najib adalah sesuatu yang membuang masa, dan tidak perlu dilayan. Tetapi benarkah sedemikian?

Bagi yang memahaminya, ia adalah satu persilatan politik yang sangat lincah kerana either way, UMNO pasti kena pancung. Sekiranya Najib menerima pelawaan berdebat, ia akan menyingkap segala kelemahan dan kesalahan dan kepincangan UMNO, ini akan menjejaskan usaha UMNO merepair imej mereka.

Kalau UMNO tolak, seperti yang digemburkan oleh semua gigi, lidah dan telinganya, maka pada pandangan umum confirmlah UMNO ini seperti yang dikiaskan oleh TG Nik Aziz yang menaikkan luapan marah UMNO.

UMNO akan dilihat sebagai pengecut di Manek Urai. Walaupun banner UMNO berbunyi:

PAS lebih sayang DAP daripada saudara2 Se-Islam.
Umno pejuang Melayu & Islam di tolak, DAP di Dakap.

dengan tujuan untuk menarik sokongan kepada PAS brubah kepada UMNO, namun, perkara penting di Manek Urai ialah cari makan.

Sekiranya PAS bawa isu UMNO curi hasil minyak Kelantan, maka ini akan menjadi pukulan maut kepada UMNO.