Thursday, July 23, 2009

KENA TIPU SEBAB TAK PAHAM INKUES, TAK PAHAM S/JAYA DIRAJA

Assalamualaikum,

Putar lagi belit melaporkan:

1. Kabinet hari ini memutuskan supaya satu inkues diketuai seorang majistret dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, Khamis lalu.

2. Kabinet turut bersetuju mewujudkan satu suruhanjaya diraja dengan terma-terma khusus untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Oleh kerana rakyat tak berapa faham apa itu inkues dan apa itu suruhanjaya diraja, maka kita terima sahaja apa yang UMNO hendakkan. Sebenarnya inkues adalah satu siastan bertaraf rendah jika dibandingkan dengan suruhanjaya diraja.

Kenapa dalam kes kematian Teoh Beng Hock UMNO mengelak daripada ditelanjangkan sepenuhyna oleh sebuah suruhanjaya diraja, adakah apa apa yang hendak disorokkan? Kenapa siasatn hanya dikomisyenkan kepada satu inkues yang diketuai oleh seorang yang hanya bertaraf majistret?