Friday, July 24, 2009

NENEK AKU TAK DAPAT PENCEN KE?

Assalamualaikum,

Kalau 1Malaysia nak wujudkan pencen swasta baguslah. Saya tak komen. tetapi ada satu golongan yang selama ini tidak diambil peruah oleh pihak pemerintah. Golongan ini adalah golongan yang sama sama membangun Malaysia, sama sama membina negara, sama sama bertungkus lumus untuk menjadikan Malaysia 1 negara yang maju.

Beberapa tahun dahulu semasa berceramah di Sungai Besar, Selangor, saya timbulkan juga perkara ini, kenapa golongan seperti penanam padi tidak dapat pencen. Apa, hina sangat ke penanam padi, sehingga mereka dibiarkan tanpa sebarang bantuan setelah keringat dan tenaga mereka diperah semasa mereka muda dan bertenaga untuk memberi makan rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan almarhumah nenek saya. Begitu juga dengan almarhum bapa saya, begitu dengan ibu saya. Mereka ini adalah golongan penorih getah yang telah bertungkus lumus mengeluarkan hasil daripada tanaman getah dan telah sama sama menyumbang untuk menjadikan Malaysia makmur. Apabila mereka tua, mereka terus disisihkan negara, tanpa sebarang bantuan yang dihulur bagi mengenang jasa mereka untuk membangunkan negara.

Begitu juga dengan sipenggali parit. Penggali kubur. Penarik beca. Dan semua yang seangkatan dengan mereka. Semasa mereka muda, tenaga mereka diperah untuk membangunkan negara. Apabila mereka telah tua, mereka disisihkan begitu sahaja.


Oleh itu, jangan sahaja wujudkan pencen untuk kaiktangan kerajaan. jangan saja wujudkan pencen swasta. Wujudkan juga pencen bagi mereka yang bekerja dan telah menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.