Friday, July 10, 2009

RESPECT HAS TO BE EARNED

Assalamualaikum,

I respect him. Itulah kata kata Dato' Shafie Abdullah, peguam terkenal, semasa kami sama sama menunggu lif untuk mengunggu ke lantai mahkamah di kompleks mahkamah Shah Alam. Saya sedang dalam rombongan Utz Dr. Shafie Abu Bakar, pada masa itu ADUN Kajang, dan sekarang ADUN Bangi untuk mendengar kes petisyen pilihan raya DUN Kajang.

But, Tok Guru only. Tambah Shafie lagi. Shafie dan saya dulu sama sama tinggal di asrama 5, U Malaya semasa menuntut. Apa yang ingin saya ketengahkan ialah, di luar PAS, rata rata hanya Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang mendapat respect daripada orang lain. Selain daripada itu, tidak ada individu PAS yang berjaya mendapatkan respect di kalangan rakyat luar daripada selimut PAS.

Dalam politik, untuk mendapat respect adalah tidak susah, sekiranya anda menang pilihanraya, maka anda akan terima respect daripada orang lain. Untuk memenangi pilihanraya itulah yang susah. Oleh itu, kalau PAS ingin mendapat respect daripada orang lain, maka ia perlu memenangi banyak lagi kerusi dalam pilihanraya.

Kes yang timbul di Kedah adalah satu petunjuk kepada keadaan ini. Dengan hanya 1 kerusi dalam DUN Kedah, DAP, dan ADUN tunggalnya berani membuat keputusan untuk menarik diri dari PR, sementara ADUNnya sanggup menjadi ADUN bebas. Ini menunjukkan PAS masih belum mendapat respect daripada rakan sendiri. Apatah lagi daripada lawan.

Saya rasa ini adalah satu perkara yang diterlepas pandang oleh PAS, terutamanya PAS Kedah. Mungkin PAS , juga PAS Kedah merasakan diri mereka dipandang dengan respect oleh rakan, dan dengan sebab itu, ada beberapa tindakan yang dilakukan mungkin tidak begitu teliti mengenai sensitiviti rakan politik dan rakyat daripada kaum lain. Oleh itu, apabila sesuatu tindakan dilakukan, maka mereka berasa tindakan tersebut tidak melintas garis panas yang boleh menggelegakkan pihak pihak lain. Sekarang, dengan isu keluarnyaDAP Kedah daripada PR, PAS, serta PAS Kedah belajar satu pengalaman yang pahit.

Ustaz Azizan lah yang akan menentukan prestasi PAS dalam pilihanraya 13 nanti. Prestasi yang ditunjukkannya akan menjadi kayu pengukur tentang kepercayaan pengundi kepada PAS, tentang keyakinan pengundi kepada PAS dan tentang respect rakyat kepada PAS. Saya sangat yakin dengan kemampuan ustaz Azizan mengemudi PAS ke mercu yang lebih tinggi lagi, tetapi beliau mestilah cermat dan tactful dalam statecraft.

Syukurlah isu keluarnya DAP Kedah daripada PR telah diselesaikan dengan rundingan, tetapi ia mengajar kita satu perkara yang sangat penting. PAS masih lagi belum mendapat respect dari pada hati rakyat di luar selimutnya.

Kita perlu ingat. Respect has to be earned.